Perkembangan Tumbuhan Perubatan
Pada masa kini, barangan berasaskan herba sedang “naik daun” dengan pelbagai jenis produk yang muncul seperti cendawan selepas hujan. Semuanya termasuk dari kosmetik herba, minuman herba, makanan suplemen tambahan, makanan kesihatan sehinggalah perubatan herba. Penggunaan produk herba bukan lagi suatu gaya musim tetapi berubah menjadi gaya hidup. Langkah ini sejajar dengan keinginan masyarakat untuk kembali ke alam seula jadi (back to nature) termasuk juga masyarakat Malaysia.
pohon semalu |
Semalu (Pelawan Insomnia)
Pokok semalu turut dikenali dengan nama duri malu atau malu-malu. Tumbuhan erayap yang berasal dari Amerika Selatan tropika ini boeh hidup sehingga ketinggian 1200m dari paras laut. Nama saintifik semalu ialah Mimosa pudica dan tergolong dalam famili Luguminosae dan subfamiliMimosaceae. Kesemua bahagian pokok ini boleh digunakan sebagai ubat. Semalu mengandungi tanin, mimosina dan asid pipekolinik.
dukung anak |
Ciri dan Khasiat
Semalu empunyai ciri manis, astrigen dan agak sejuk. Pokok ini berguna sebagai penenang (sedatif), meredakan kahak (ekspektoran), meredakan batuk (antitusif), meredakan panas (antipiretik), antiradang (antiinflamasi)dan pelawas kencing (diuretik)
Kegunaan
Penyakit utama
Ø Insomnia
Sediakan 15g pokok semalu, 15g sewa langit dan 30g calincing. Kesemua bahan direhus dengan 2 gelas air sehinnga air rebusan tinggal setengah. Air ramuan diminum sebanyak 1 gelas , 1 kali sehari sebelum makan malam.
Penyakit lain
Ø Bronkitis kronik
Ø Batuk dengan kahak yang banyak
Ø Reumatoid
No comments:
Post a Comment