Tuesday 20 September 2011

Stevia pengganti gula

Stevia
Nama Tempatan      : Stevia
Nama Saintifik        : Stevia Rebaudiana
Nama Lain               : Teh Manis,Sweet Leaf Of Paraguay, Caa-He-Éé, Kaa Jheéé, Ca-       
                                 A-Jhei, Ca-A-Yupi,Azucacaa, Eira-Caa, Sinonim: Eupatorium
                                 Rebaudianum Capim Doce, Erva Doce, Sweet-Herb, Honey
                                 Yerba, Honeyleaf, Yaa Waan, Candy Leaf, Sugarleaf
Family                     : Astereacea
Asal                        : Paraguay

Klafikasi Saintifik
 
Kingdom  : Plantae
Division   : Magnoliophyta
Class       : Magnoliopsida
Order      : Asterales
Family     : Asteraceae
Genus      : Stevia
Pengenalan :
Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay,  Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika Tengah. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
 
Pada mulanya stevia tumbuh secara meliar di dataran tinggi terutamanya di Utara Paraguay dan Selatan Brazil. Ia kemudiannya ditanam untuk digunakan sebagai pemanis sehingga tebu diperkenalkan oleh orang Sepanyol dan Portugis. 

contoh keratan akhbar menunjukkan stevia menggantikan gula

 
Walau bagaimanapun, penggunaan stevia di kebanyakan negara telah dihadkan. Sebagai contoh, pada 1990-an, Amerika Syarikat telah mengharamkan penggunaan stevia kecuali yang telah dilabelkan sebagai suplemen. Kini, Amerika dan Kanada telah menjadikan stevia sebagai dietary suplemen, tetapi bukan sebagai makanan tambahan.  Selain itu, pemanis stevia juga telah meluas penggunannya di Jepun. Ia telah dihasilkan secara komersial di Jepun sejak tahun 1971 oleh syarikat Morita Kagaku Kogyo Co., Ltd dan telah digunakan dalam produk makanan serta dalam minuman ringan. Pada masa kini, stevia telah ditanam dan digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam industri makanan di Asia Timur termasuk China (sejak 1984), Taiwan, Korea, Thailand dan Malaysia, sehingga Amerika Selatan, Eropah, India, Ukraine dan Amerika Utara.






Pohon Misai Kucing

pohon misai kucing

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
 
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
 
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.
 
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Pokok Misai Kucing
Nama Tempatan    :  Misai kucing
Nama Saintifik      :   Orthosiphon aristatus /stamineus benth
Nama Lain            :  Kumis kucing, cat whisker, kabling gubat, remujung, Javatee,             
                              Lamiaceae, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher
                              Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea, Koemis
                              Koetjing and Yaa Nuat Maeo.
Latin name           :  Orthosiphon spicatus
Famili                  :  Lamiaceae 
 
Secara ringkasnya kepentingan daun misai kucing adalah seperti berikut:
  • Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
  • Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
  • Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
  • Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing)
 

 Mengandungi bahan aktif yang sangat penting untuk sistem tubuh seperti :
1- Flavonoid
Bahan-bahan ini disahkan berkemampuan membantu
  • Membantu menguatkan daya ingatan.
  • Memperbaiki daya tumpuan minda.
  • mengawal Nitrit Oksida dan peredaran darah.
  • mengawal pengoksidanan LDL (kolestrol jahat) dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Melancarkan keberkesanan Vitamin C didalam rangkaian Anti-Oksida
2- Tannins
3- Triterpenoids
4- Proanthocyanins
5- Phenols

Pohon gelang susu baik untuk lelah

pohon gelang susu
Gelang susu (Antilelah)
¨       Pokok gelang susu atau nama saintifiknya ( Euphorbia hirta ).
¨       Tergolong dalam family Euphorbiaceae.
¨       Turut dikenali sebagai patikan kebo.

Pokok ini tersebar di kawasan tropika dan tumbuh meliar di padang rumput, tepi jalan dan sungai, kebun serta halaman rumah. Lazimnya, pokok gelang susu tumbuh bersama pokok patikan cina (Euphorbia prostate Ait.) dan boeh hidup sehingga ketinggian 1400m dari paras laut.
               
Keseluruhan bahagian pokok ini boleh digunakan sebagai ramuan ubat. Antara kandungan kiia gelang susu adalah alkaloid, tanin, zat folifenol, flavonoid, asid organik palmitat oleat, asid lanolat, terpenoid  eufosterol, tarakserol, tarakseron, misiril alcohol, tarakserol, friedlin, beta-amin, beta-sitosterol, beta-eufol, euforbol, triterpenoid eufol, tirukalol, eufosterol dan hentriakontana. Manakala bunganya pula mengandungi asid elagik.

Ciri dan khasiat
Pokok gelang susu mempunyai cirri pahit, masam, sejuk dan agak beracun. Tumbuhan ini memiliki khasiat anti-inflamasi, pelawas kencing dan meredakan kegatalan (antiprutik).

Kegunaan

Penyakit utama
Ø  Lelah

Penyakit lain
Ø  Radang kerongkong
Ø  Bronkitis
               

Pohon alang-alang

pohon alang-alang   


Alang-alang (Penawar masalah kencing )

Nama saintifik tumbuhan dari famili Gramineae ini ialah Imperata cylindrical L. Rumpai ini biasanya dikenali dengan panggilan lalang. Alang-alang sering tumbuh meliar di tanah yang terbuka atau sedikit terlindung, termasuklah kawasan kebun dan ladang. Rumpai ini boleh hidup sehingga 2700m dari paras laut dan sering digunakan untuk perubatan adalah akarnya.
Ciri dan khasiat

Rumput alang-alang berfungsi sebagai pembersih darah, peningkat selera makan, penawar sakit kuning, keradangan ginjal akut, demam, batuk, kesesakan nafas, muntah berdarah, kencing bernanah dan hidung berdarah.

Kegunaan

Penyakit utama
Ø  Keradangan ginjal akut
Ø  Kencing berdarah
Ø  Kencing bernanah

Penyakit lain
Ø  Muntah darah
Ø  Hidung berdarah
Ø  Hepatitis akut menular

Pohon cakar ayam

Cakar ayam (Antikanser)

pohon cakar ayam


Cakar ayam (Selaginella doederleinii Hieron) tergolong dalam tumbuhan paku pakis yang tumbuh melimpah di tebing, jurang dan tempat teduh yang beriklim dingin. Daunnya berbentuk tripinat dan menyerupai cakar ayam berdasarkan susunan “sisik” daunnya. Tumbuhan yang turut dikenali sebagai paku batu ini mengandungi alkaloid, filosterol dan saponin. Keseluruhan bahagian tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat dan lazimnya disediakan sebagai ramuan yang dikeringkan.

Ciri dan khasiat
Pokok ini mempunyai cirri manis dan panas yang berkhasiat diguna untuk meredakan panas, penawar racun , antikenser (antineoplastik), menghentikan pendarahan (hemostatik) dan meredakan bengkak (antiedema).

Kegunaan

Penyakit utama
Ø  Kanser rahim, peparu dan saluran pernafasan

Penyakit lain
Ø  Batuk, radang peparu dan tonsil


Daun ekor angin daun herba yang berkhasiat

daun ekor angin

Daun Ekor Angin (Pencegah Gangguan Prostat)
Tumbuhan yang berasal dari benua Asia dan Eropah ini disebarkan oleh biji dan boleh tumbuh sehingga pada ketinggian 3300m dari paras laut. Pokok yang dikenali dengan nama saintifik Plantago major L, ini turut dipanggil dengan nama daun senduk. Tumbuhan dari family Plantaginaceae ini lazinya tumbuh sebagai rumpai di kebun tanaman teh dan  lobak. Sebaliknya, herba ini diagungkan sebagai salah satu daripada 9 tumbuhan berubat yang dianggap suci oleh golongan Anglo Saxon. Bahagian tumbuhan yang digunakan untuk
perubatan adalah biji dan akar.

Kebaikan dua ekor angin mengandungi tanin, kalium, vitamin (B1, C dan A), plantagin, aukubin, asid ursolik, beta-sitosterol, n-hentriakontan dan plantagusida yang terdiri daripada metil–galaktosa, L-arabinosa, metal D-galaktunorat dan ramnosa. Unsur kalium pda daun herba ini berfungsi melawaskan kencing dan mmecahkan endapan garam kalsium yang terdapat dalam ginjal dan air kencing. Zat aktif aukubin pula berfungsi melindungi hati daripada bahan beracun yang merosakkan sel-sel hati (hepatoprotector) dan juga bertindak sebagai antiseptik.
                Biji tumbuhan ini mengandungi asid planteroklik, plantasan (dengan komposisi xylosa, arabinosa, asid galaktunorat dan ramnosa), protein, musilago, aukubin, asid suksinat, adenine, kolin, katalpol, syringing, asid lemak (palminat, stearat, arakidat, oleat, linolenat dan linoleat) serta flavanon nafazolin.

Ciri dan Khasiat
Herba ini bersifat manis dan sejuk. Tumbuhan daun ekor angin ini bertindak sebagai antiradang, antiseptic, meredakan demam, pelawas kencing (diuretik), meredakan kahak (ekspektoran), antibatuk (antitusif), menghentikan pendarahan (hemostasis), astrigen, menambah baik penglihatan dan menormalkan aktiviti organ hati yang berlebihan.

Keguaaan

Penyakit utama
Ø  Kencing tidak lawas
Ø  Kencing berdarah
Ø  Kencing batu

Penyakit lain
Ø  Disentri panas
Ø  Cirit-birit
Ø  Batuk sesak dan Batuk berdarah
Ø  Bronkitis
Ø  Diabetes mellitus
Ø  Sakit kuning
Ø  Gangguan pencernaan pada kanak-kanak
Ø  Keputihan