Monday 19 September 2011

DAUN PEGAGA

Sama ada kita sedari atau tidak, semua tumbuhan yang dicipta sebagai hamparan hijau muka bumi ini bermanfaat kepada manusia, walau hanya dipandang sekadar tumbuhan liar atau rumpai sekalipun. Oleh kerana ilmu pengetahuan manusia yang terbatas, rahsia kurnian-Nya itu belum terungkai keseluruhannya.
                Salah satu kegunaan tumbuhan kepada manusia adalah sebagai sumber perubatan untuk memelihara kesihatan. Terdapat pelbagai jenis buah-buahan, sayuran, bunga, temu-temuan dan rempah ratus yang boleh digunakan sebagai ubat. Selain itu, tumbuhan liar juga boleh dijadikan sumber perubatan yang mampu mengatasi pelbagai kenis penyakit seperti pegaga, tempuyung dan meniran.
Tanaman pegaga terkenal sebagai perangsang otak yang sering disertakan dengan ginko biloba.

                                            Contoh daun pegaga untuk ulam-ulaman dan perubatan
                                                                                                                                       

A)     Tumbuhan Pegaga (Perangsang Daya Ingatan)
Herba pegaga, Centella asiatica(L.) Urban, tergolong dalam famili Umbelliferae dan turut dikenali dengan nama-nama seperti daun kaki kuda dengan rending.
                Kadang-kala herba ni ditanam untuk menutup permukaan tanah kebun atau sahaja ditanam sebagai sajian ulaman. Herba pegaga mengandungi thankunisida, isothankunisida, madekassosida, karoteniod, kalium, natrium,magnesium, kalsium ferum, vellarina, zat tannin dan asiatikosida yang bertindak sebagai anti leprosi /kusta.
Ciri dan khasiat
Ulam pegaga mempunyai cirri rasa yang manis dan sejuk. Herba ini cukup terkenal dengan khasiat sebagai antitiksin, meredakan kepanasan, pelawas kencing perangsang selera makan, penyegar tubuh, ubat cacing dan penawar hidung berdarah.
Kegunaan
1)Penyakit utama
ü  Perangsang Daya Ingatan
Rendamkan 1 sudu teh pegaga dengan 1 gelas air panas. Minuman secara teratur 3 kali sehari sebelum makan. Herba ini juga boleh disaji 2 atu 3 kali sehari atau sebagai ulam melalui hidangan 1 genggam pegaga bersama nasi.
2)Penyakit lain
ü  Demam
Daun pegaga segar ditumbuk sambil ditambah sedikit air lalu ditapis dan diminum sebelum sarapan.

ü  Darah tinggi
Sediakan 20 helai daun pegaga dan 3 gelas air. Bahan direbus sehingga air rebusan tinggal ¾ sahaja. Ramuan diminum sebanyak ¾ gelas dalam 3 kali sehari.


ü  Buasir
Sebanyak 4-5 batang pegaga beserta akar-akarnya direbus dengan 2 gelas air selama 5 minit. Air diminum habis dan diamalkan selama 1-2 minggu.

ü  Bengkak hati
Sebanyak 240-600g pegaga segar direbus dengan 5 gelas air sehingga air rebusan tinggal 3/5 sahaja. Air rebusan diminum sebanyak 1 gelas, 3 kali sehari sebelum makan.

ü  Mata merah dan bengkak
Ambil daun pegaga secukupnyalalu dicuci bersih, dilumat, diperah dan ditapis. Hasiltapisan dititis pada mata yang sakit sebanyak 3-4 kali sehari.

ü  Batuk kering
Sediakan segenggam pegaga lalu dilumat dan diperah. Tambahkan air dan gula batu secukupnya dan diminum sebanyak 1 gelas, 3 kali sehari.

ü  Leprosi (kusta)
Cucikan ¾ genggam lalu direbus dengan 3 gelas air sehingga air rebusan menjadi ¾ sahaja. Setelah disejukkan, air rebusan ditapis dan diminum sebanyak ¾ gelas, 3 kali sehari.

ü  Perangsang selera makan
Sebanyak 1 genggam daun pegaga segar direbus dengan dua gelas air sehingga air rebusan tinggal setengah. Amalkan meminum segelas  air ramuan setiap hari.

No comments:

Post a Comment